Projek Pelajar 3 Ekspres 2005
3.7.06
28.6.06
27.1.06
004. Mengimbas Kembali Perasaan

Secara keseluruhannya, kami semua berasa puas hati dengan pencapaian yang diperolehi. Walaupun ianya tidak sebaik kumpulan- kumpulan lain yang membuat blog dan video klip lakonan.
Pada mulanya, kami fikir topik ini senang untuk dilakukan. Namun, topik ini sebenarnya amat luas untuk dibentangkan secara interaktif dan kreatif. Walaupun begitu, kami memberikan yang terbaik dan ada ruang untuk kami mempertingkatkan kemahiran dalam bidang IT bagi projek-projek yang akan datang.
Walaupun setakat membuat persembahan powerpoint dan video wawancara, kami juga sempat menambahkan kuiz supaya ia lebih interaktif dan penonton akan lebih memahami akan topik ini.
Kami juga senang bekerjasama dan pandai membahagikan masa antara pelajaran dan projek kami. Ia adalah satu pengajaran dan memberi kami suatu pengalaman yang baru dan berfaedah.
003. Sinopsis Projek
Secara ringkas, projek kami adalah mengenai isu remaja yang menjalinkan hubungan melalui internet dan membentangkan baik dan buruknya.
Kami ada membuat tinjauan akan pendapat remaja dan juga ibu bapa tentang cinta internet ini.
Kami ada membuat tinjauan akan pendapat remaja dan juga ibu bapa tentang cinta internet ini.