27.1.06

    004. Mengimbas Kembali Perasaan


    Secara keseluruhannya, kami semua berasa puas hati dengan pencapaian yang diperolehi. Walaupun ianya tidak sebaik kumpulan- kumpulan lain yang membuat blog dan video klip lakonan.

    Pada mulanya, kami fikir topik ini senang untuk dilakukan. Namun, topik ini sebenarnya amat luas untuk dibentangkan secara interaktif dan kreatif. Walaupun begitu, kami memberikan yang terbaik dan ada ruang untuk kami mempertingkatkan kemahiran dalam bidang IT bagi projek-projek yang akan datang.

    Walaupun setakat membuat persembahan powerpoint dan video wawancara, kami juga sempat menambahkan kuiz supaya ia lebih interaktif dan penonton akan lebih memahami akan topik ini.

    Kami juga senang bekerjasama dan pandai membahagikan masa antara pelajaran dan projek kami. Ia adalah satu pengajaran dan memberi kami suatu pengalaman yang baru dan berfaedah.

    0 Comments:

    Post a Comment

    << Home