12.11.05

    001. Anak_Dara.Com: Cinta Internet

    Akhirnya, cikgu berjaya juga untuk memuat-naikkan video-video pelajar untuk tatapan umum. Semoga terhibur dan memperoleh manfaat daripada video-video pelajar-pelajar cikgu.

    1 Comments:

    Anonymous Anonymous berpendapat...

    kumpulan kami terdiri daripada irma sakinah bte anwar, nur amalina bte ahmad dan nurfarahin bte muhammad dari kelas 4A. nama kumpulan kami adalah anak_dara.com.sebab pemilihan nama ini adalah kerana ia sesuai bagi topik kami iaitu cinta internet.

    secara ringkas, projek kami adalah mengenai menjalinkan hubungan melalui internet dan baik buruknya.kami ada membuat tinjauan akan pendapat remaja dan juga ibu bapa tentang cinta internet ini.

    secara keseluruhannya,kami semua berasa puas hati dengan pencapaian yang didapat walaupun ia tidak sebaik kumpulan- kumpulan lain yang membuat blog dan videoklip lakonan.


    pada mulanya,kami fikir topik ini senang untuk dilakukan.namun,topik ini sebenarnya amat luas untuk dibentangkan secara interaktif dan kreatif.walaupun begitu, kami memberikan yang terbaik dan ada ruang untuk kami mempertingkatkan kemahiran dalam bidang IT bagi projek-projek yang akan datang.


    walaupun setakat membuat persembahan powerpoint dan video wawancara, kami juga sempat menambahkan kuiz supaya ia lebih interaktif dan penonton akan lebih memahami akan topik ini.kami juga senang bekerjasama dan pandai membahagikan masa antara pelajaran dan projek kami.ia adalah satu pengajaran dan memberi kami sebuah pengalaman yang baru dan berfaedah.

    14:24  

    Post a Comment

    << Home